MRSS Indonesia Jadi Pilihan TLDM
✈️ Multi Role Support Ship✈️ Tjahjono Yudo menunjukkan replika kapal laut MRSS keluaran Indonesia. [Utusan]
Bukan lagi rahsia betapa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sangat berkehendakkan kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) sebagai salah satu daripada elemen transformasi 15 to 5 yang dianggap sebagai langkah efisien dalam mengukuhkan ketumbukan pasukan menjaga perairan negara.
Setelah beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China dikhabarkan cuba melobi Malaysia untuk membeli kapal mereka sebelum ini, kebelakangan ini, terdengar khabar mengatakan MRSS dihasilkan syarikat negara jiran, PT PAL Indonesia (Persero) yang menjadi pilihan.
Pengarah Urusan Perancangan Strategik Korporat Persero, Ir. Tjahjono Yudo ketika ditemui mengakui pihaknya sudah pun menjalinkan kerjasama bersama Boustead Naval Shipyard bagi meneliti spesifikasi kapal yang sesuai ditawarkan kepada TLDM.
Kapal MRSS pengajuan dari China [Navy Recognition]
“Setakat ini saya belum boleh memberi maklumat penuh mengenai spesifikasi kapal yang ditawarkan. Namun secara umumnya MRSS yang kami tawarkan adalah kapal versi terkini yang dibangunkan daripada kapal pendarat (LPD), sama seperti kapal perang Republik Indonesia (KRI) Banjamasin dan KRI Banda Aceh”.
“Tentera Laut Filipina membuat dua tempahan kapal ini daripada kami dengan satu daripadanya sudah diserahkan pada Mei 2016 dan satu lagi bakal diselesaikan tahun ini. Saya percaya selaku negara berjiran yang mempunyai keadaan hampir sama, Malaysia juga sesuai memiliki kapal ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, sumber dalaman TLDM memaklumkan, pasukan itu sememangnya berhasrat mendapatkan kapal tersebut namun belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.
“Sejak KD Inderapura terbakar pada 2009, tugas-tugas logistik kebanyakannya diambil alih dua lagi kapal dalam kelas Multi Purpose Command Support Ship (MPCSS) iaitu KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti”.
Kapal MRSS pengajuan dari Belanda [Navy Recognition]
“Kedua-dua kapal itu tidak sebesar KD Inderapura dan bebanan tugas berlebihan juga menyebabkan kos penyelenggaraan serta baik pulih meningkat. Jadi, langkah untuk mendapatkan MRSS adalah pilihan terbaik,” katanya.
Selain itu, katanya, kapal tersebut sekiranya dimiliki mampu memberi imej lebih mesra kepada negara ini dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan.
“Adakalanya dalam menjalankan misi kemanusiaan, kita terpaksa menggunakan kapal-kapal perang. Jadi kalau kita menggunakan kapal pengangkut seperti ini, keadaannya akan menjadi lebih ‘molek’ dan mesra,” katanya.

Post a Comment